Tuesday, October 26, 2010

sedarlah wahai manusia !!!

Salam semua.... ^_^

airmata hampir mengalir di saat  lecturer saya memberikan tazkirah pagi kepada semua student2 di kelas pagi tadi...hurmmm,kelas Malaysian Studies sunyi seketika apabila tazkirah pagi bermula.

Miss menerangkan tentang salah satu tajuk tentang "worship" di dalam kelas..iaitu berkenaan dengan Fundamental freedom..secara tak langsung,dalam perbincangan tersebut Miss menyentuh hal agama perihal ketandusan akhlak dan keimanan setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini.

samaada kita sedar atau tidak,kehidupan kita semakin hampir dengan HARI KIAMAT..cuba kita renungkan kembali setiap tingkah laku yang telah kita lakukan selama ini...bagaimana agak nyer sikap kita dengan keluarga terutamanya IBU BAPA,rakan2 dan saudara seislam kita sendiri????

pernah tak kita terfikir apa yang telah kita lakukan tu betul atau tidak??....sebab apa jua yang kita lakukan 2,kita tak pernah ingat ALLAH...Dia sentiasa memerhatikan setiap perlakuan kita dari kita bangun tidur sehingga la kita tidur kembali...kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan masih memberikan kita kesempatan untuk kita hidup dan bernafas lagi...sekiranya Tuhan tu menyuruh malaikat maut menjemput kita pada hari ini, maka tiadalah esok bagi kita...sebab itulah sebagai orang Islam kita perlu memaafkan semua orang dan membaca doa tidur sebelum kita masuk tidur.

cuba korang imbas kembali,dalam kehidupan seharian kita ni...berapa banyak Sunnah Nabi yang kita ikut. ape yang Nabi kita telah buat terdahulu??...contohnya :solat tasbih,solat hajat dan solat2 sunat lain...ada tak kita buat semua tu??...padahal semua tu mudah untuk kita lakukan...termasuk juga puasa sunat...ada  tak kita buat semua tu...??--tepuk dada tanyelah hati--

menyentuh hal 5 rukun islam...antara kelima2 rukun islam tu kan, mane yang kita selalu lakukan??..mestilah solat kan??...yang lain2 lak macamne pulak??...sebelum tu,jom kita imbas kembali 5 rukun islam yang kita telah belajar dulu...

            5 Rukun Islam :
                 1.mengucap 2 kalimah syahadah.
                 2 solat lima waktu
                 3.bayar zakat
                 4.berpuasa pada bulan Ramadhan
                 5.menunaikan haji pada yang mampu.

ha!!...ingatkan??...so,of course la solat lima waktu kan??...tapi itu pun belum tentu lagi kita dapat solat penuh dalam 1 hari tu kan??..dalam 5 rukun islam tu cuma satu jer yang kita selalu buat,tapi zakat,kita still under age nak bayar,tunaikan haji,lagilah kita belum buatkan....ni semua kerana kita masih di bawah tanggungan kedua orang tua kita.

menyentuh perihal aurah kita sebagai orang Islam...ape sebenarnyer "FASHION" yang betol2 sesuai dengan diri kita tak kira lelaki mahupun perempuan...sebagai perempuan muslim,kita seharusnya menutup aurah kita dari dipandang oleh lelaki yang bukan muhrim..kita sepatutnye memakai pakaian yang longgar dan kita dilarang memakai pakaian yang boleh mengundang dosa dan nafsu lelaki..begitu juga dengan lelaki..lelaki islam sepatutnya menjaga aurah mereka antara pusat & lutut...tapi jangan pulak korang tutup pusat & lutut je...hu2.

hubungan antara lelaki dengan perempuan,masih ada batasnya selagi kita belum berkahwin...nak dipendekkan cerita,hubungan cinta sebelum nikah...he2..berkapel2..bercintan cintun..hurm,makin ramai yang buat macamni kan..cuba kita lihat sekeliling kita...mesti ramai kan yang sedang dilamun cinta dan asmara dengan pasangan masing2??..korang tahu tak yang kapel tu" HARAM"...tak ada di dalam mana2 Hadis atau ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa kapel tu HALAL di sisi Islam..sedarlah wahai kawan-kawanku,cinta manusia tidak kemana..hanya CINTA pada-Nya sahaja yang kekal abadi...percayalah pada janji2-Nya bahawa perempuan yang baik untuk lelaki baik..tapi bukan perempuan yang cantik untuk lelaki yang kacak atau sebaliknya...mesti korang tahu kan sebab nyer ape???...sebab manusia ni telah diciptakan oleh Tuhan untuk hidup berpasang-pasangan,lelaki & perempuan.

begitulah tazkirah yang disampaikan oleh Miss saya..hampir2 mengalir airmata disebabkan oleh kesedaran yang telah muncul di dalam hati ini...kita akan mendapat syafaat jika kita melakukan perkara2 yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang...apa yang cuba saya sampaikan bukan sahaja untuk rakan2 saya sahaja bahkan untuk diri saya sendiri juga...NOBODY PERFECT IN THIS WORLD..including me..


WE NEED TO KNOW THAT LOVE TOWARDS ALLAH IS MORE BENEFICIAL THAN THE OTHERS LOVE...ALLAH IS MORE MERCIFUL..HE KNOW WHAT IS THE BEST FOR THEIR UMMAH...

                                                              ++WALLAHU'ALAM++


              

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.