Forum "Flowers of Love"..satu2 nyer forum yg pernah aku hadiri sepanjang hidup aku..aku tak pernah terlintas untuk menghadirkan diri ke majlis seperti ini yg menekankan tentang elemen CINTA...hati aku tergerak untuk menghadiri forum ini mungkin di sebabkan aku terlalu ingin tahu ape itu CINTA sebenarnyer..setiap bait2 kata yang disampaikan oleh ahli panel pada malam itu iaitu Aziz M.Osman,Fitri Haris dan ibu Azlin (ibu kpd lecturer aku di kolej) amat meninggalkan kesan terhadap diri ku.
apa itu cinta??...bila kita sebut ttg cinta,mungkin kita boleh definasi kan nyer sbg kasih n syg pd seseorg...tapi pada aku..perkataan cinta itu terlalu subjektif untuk kita perkatakan..cinta menurut Aziz M.Osman,cinta itu boleh di sebut sbg kasih,sayang dan suka pada seseorang..tetapi menurut abg Fitri,cinta itu sebenar nyer perlu dihayati dan cinta itu sebenarnyer 1 nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap semua hamba2 nya..cinta itu bukan sahaja untuk cinta sesama manusia malah kita boleh menyatakan cinta kita terhadap sesiapa sahaja kerana cinta itu 1 fitrah manusia yang memang ada dalam setiap diri manusia.
tambahan pula,cinta itu bukn melemahkan semangat kita untuk melakukan sesuatu tetapi ianya pembakar semangat untuk kita sama2 menempuhi dugaan hidup...ianya juga boleh dijadikan kekuatan dan semangat kpd seseorang...cinta itu tak perlu dicari kerana cinta itu akan datang sendiri pada kita sekiranya cinta kita terhadap Allah melebihi segala2 nya..cinta yang suci bukan berdasarkan cinta nafsu sahaja..
bagaimana kita nak dapatkan cinta hingga ke syurga??
apa yg perlu kta lakukan mudah sahaja..sebelum kita mengenali diri orng lain,kita perlulah mengenali diri kita sendiri,kita perlu sedar diri..kenal Allah dan kenal Rasulullah..that's the most important thing we need to know...kita perlu lah mengelakkn wahan iaitu cinta pada dunia dan takut pada mati.
sekarang ini kita dapat lihat ttg drama2 or filem2 ttg cinta..tapi kebanyakan nya ttg cinta yg bukan berlandaskan islam...cerita2 beginilah yang mempunyai rating yang tertinggi dan boleh merangkul anugerah...dimana cerita cinta yg berlandaskan islam???..adakah cuma cerita Nur Kasih sahaja yg berlandaskan islam??
----fikir2 kan lah---
oleh itu,kita perlu muhasabahkan diri kita,jangan sesekali kita terjebak dengan cinta yang tidak berfaedah..doa itu senjata muslimin,berdoalah agar kita mendapat jodoh yang betul2 sesuai dgn diri kita...jangan sesekali kita menyalahkan takdir atas segala apa yang telah terjadi pada diri kita..
hurmm,antara kesempurnaan dan keserasian..yang mana kita perlu pilih??
kesempurnaan tidak akan hadir jika tiada keserasian dalam hidup setiap manusia...oleh itu,pilih la keserasian kerana dari situ datang nya kesempurnaan dalam setiap hubungan.
p/s: kebahagiaan hanya akan diperoleh sekiranya seseorang itu mencari cinta nya terhadap Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.