Monday, January 24, 2011

COUPLE :: Indahnya Cinta Kami

Kami tidak berzina !!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual-bual , berbincang, bertanya khabar, minum-minum di cafe.Adakah itu menghampiri  zina ?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hri ini ya, tapi esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu .Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.Ia telah menipumoyang kita yang pertama , Adam dan Hawa .iblis amat licik.Ingat,pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya,syaitan ( Tabrani ) . Kita lemah menghadapi tipu daya iblis .

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan .Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja . Tidak pernah bersua muka pun !!

Betul.tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.memang pada awalnya tidak bersua muka Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja . Percayalah , ia akan berlanjutan .Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya ??


Takkan nak berbual2 pon tak boleh?? Itu pun zina kew ??

Zina ada macam2 jenis dan peringkatnya,ada zina betul , ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan tangan , ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi .Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan . Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman ( Muslim dan Abu Daud ) . sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak .

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke ?? bincang pelajaran sahaja !


berdiskusi pelajaran,betul ke ??Jangan tipu . Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. kita belajar nak keberkatan . kalau cemerlang sekalipun ,kalau tidak diberkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah . jangan berselindung disebalik pelajaran hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat . Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid .

Tidaklah.Sungguh berbincang pelajaran.

baik sungguh awak berdua.Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? awak kurang sihat ke ? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu.kita manusia . jangan menafikan fitrah manusia . kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.